Latest!! Baik Punye...
CUACA PANAS - Nasihat Kesihatan Kepada Orang Ramai
CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.
RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, penghidap penyakit sistem pernafasan, penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU
1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6. Mual dan muntah
7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
CARA-CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN
1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
3. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.
4. Hadkan aktiviti luar.
5. Kerap berehat.
6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
8. Pakai topi atau payung yang besar.
ELAKKAN
1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3. Bersenam dalam cuaca panas.
PETUA - PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS
1. Keluar dari kawasan yang panas.
2. Tanggalkan pakaian yang ketat.
3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
5. Minum air setiap 15 minit.
6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
*PESANAN KESEDARAN KESIHATAN UNTUK OHSAS18001 OLEH UNIT KUALITI SISTEM
lagi tips ketika cuaca panas. klik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Top Entri
-
Satellite A susah payah gak nak ambik picture ni, nak kena sewa helikopter. tapi akhirnya berjaya gak dapatkan. terima kasih pada merek...
-
seperti biasa bila ketiadaan idea untuk update blog, aku suke kongsikan emel-emel yang aku dapat untuk korang sume. mungkin ade yang dah dap...
-
sebelum ni pernah buat entri pasal anda stress . kira ni kesinambungan dia la plak. layan ok, semoga manfaat pada kita semua.. CARA MUDA...
-
1. BENGIS. MUKA MACAM THE ROCK Cuba try buat muka lemah lembut sekali dua. Confirm ramai lelaki yang nak jadikan kau sebagai isteri. Ni ti...
-
suka aku tengok gambar-gambar kat bawah ni. nak amik camni aku tak reti jadi aku dapat share aje dengan korang semua. dah macam wordless la...

2 00 sembang kencang:
Terima kasih atas nasihat ni. Memang perlu banyakkan minum air masak. ;)
selalu kalau panas cari kipas, tido je.. memang tak produktif time panas2 ni...
Catat Ulasan